Resepi Kek Batik Mudah

Resepi Kek Batik Mudah

Kek batik ni senang je nak buat, tak payah bakar pun boleh jadi kek tau. Hehee kek batik ni cuma sejukkan je, tak perlukan skill membakar ke menghias ke. Sedap pun sedap. Jom cuba buat sendiri.



Bahan-bahan

1 peket milo (peket kecil)
1 peket biskut marie (patahkan dalam 4 bahagian, jangan kecil sangat)
250 g butter
1/2 tin susu pekat manis

Cara-cara

-Campurkan milo, butter dan susu dalam kuali kemudian kacau sampai sebati. Kena rajin kacau ye bagi mengelakkan ia berketul. Kacau je laju-laju.
-Bila campuran bahan tadi dah menggelegak, masukkan biskut marie tadi. Nak tahu dah menggelegak, coklat tu meletup-letup sikit keluar buih kecil.
-Biskut marie ni korang gaul sampai semua disaluti coklat tu. Gaul tu jangan lemah gemalai sangat pulak, sebab kalau lama sangat nanti biskut tu lembik pulak atas api.
-Dah gaul sebati, tutup api dan masukkan dalam loyang atau apa apa bekas yang muat semua adunan tu.
-Mampatkan guna sudu bagi rata, then bolehlah masukkan dalam peti sejuk. Dalam 4 jam lepas tu dah boleh makan. Nak sejukkan semalaman pun boleh je takde masalah.

Kalau ada kerajinan, atas dia bolehlah tabur milo takpun nestum ke oreo ke. Ikut lah tekak korang nak yang macam mana. Kita yang buat dia ye dak. Ikut kreativiti masing-masing ye.

0 comment... add one now