Resepi Nasi Goreng Pataya

Resepi Nasi Goreng Pataya

Masa belajar dulu suka sangat makan nasi goreng pataya ni. Sebab rasa macam eh special nasi ni bungkus dengan telur pulak. Dahtu dalamnya nasi goreng dengan ayam lagi. Tak ke rasa macam berbaloi. Time tu zaman budak-budak, dapat makan nasi goreng ni dah rasa mewah sangat dah. Jom belajar macam mana nak masak nasi goreng pataya ni. Kalau cik Nurul yang buat mesti fail tang nak bungkus dengan telur tu. Tangan kena ada seni orang kata. Heee



Bahan-bahan

2 cawan nasi putih
3 sudu besar minyak masak
5 ekor udang, buang kulit
sedikit isi ayam, potong kiub
1 biji bawang merah, hiris nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis
4-5 biji cili padi, ketuk hingga pecah
sedikit sayur campur
1/2 ketul kiub ayam
serbuk lada sulah
sedikit kicap cair
timun, untuk hiasan
tomato, untuk hiasan

Cara-cara

- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng hingga separuh masak.
- Masukkan udang, cili padi dan sayur campur, kemudian diikuti nasi putih. Goreng sehingga sebati.
- Masukkan serbuk lada sulah, kiub ayam, kicap cair dan goreng sehingga masak sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Kacau sehingga sebati dan masak.

Cara buat telur dadar untuk bungkus nasi

- Ambil 2 biji telur dan kacau bersama secubit garam. Panaskan kuali berasingan, tuang telur dan golekkan kuali supaya telur menjadi nipis dan bulat sekata. Pastikan api perlahan supaya telur tidak mudah hangus.
- Ambil satu mangkuk nasi goreng tadi dan telangkupkan di atas telur dadar. Bungkus nasi goreng dalam bentuk empat segi dan telangkupkan kembali bungkusan nasi goreng ke atas pinggan. Hiaskan dengan timun dan tomato.

Selamat mencuba.

0 comment... add one now