Resepi Roti Canai

Resepi Roti Canai

Sedapnya kalau dapat makan roti canai dengan kuah kari dhal. Lagi-lagi kalau hujan, minum pulak dengan kopi o. Fuhh memang sedap betul.



Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
1/2 cawan air panas
1 sudu makan planta
1 sudu makan susu pekat manis

Cara-cara

- Masukkan semua bahan dan gaul sebati. Pakai tangan je senang.
- Kalau rasa adunan tu macam keras lagi, tambah air. So korang kena pandai agak lah.
- Bila adunan dah jadi doh, bulatkan jadi bebola kecil. Jangan kecil sangat pulak nanti tak boleh nak tebar.
- Sapukan planta sikit atas bebola doh tadi supaya takdela melekat.
- Then biarkan semalaman. Kalau nak makan esok, malam ni dah buat doh. Tapi kalau nak makan cepat dalam setengah jam je pun dah okay dah.
- Masa nak tebar tak kisah la macam mana asalkan doh tu jadi nipis.
- Tarik-tarikkan doh tu, jadikan dia panjang. Lepas tu pusing-pusingkan, macam nak buat karipap pusing tu lebih kurang caranya.
- Then tepek-tepek kan sikit. Bila nak gorang, lenyekkan lagi lebih kurang sebesar tapak tangan.
- So goreng jelah, pakai kuali pun boleh. Ok siap.

Roti canai ni terpulanglah nak makan dengan apa. Sardin pun sedap. Selamat mencuba.

0 comment... add one now