Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala

Sebelum ni kita dah share resepi kari ayam kan. So kali ni kita nak share resepi roti jala pulak. Memang serasi sangat kari ayam makan dengan roti jala. Roti jala ni kalau kena dengan gaya bancuhannya memang lembut dan memang heaven sangatlah makan petang-petang waktu hujan pulak kan.



Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu makan minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air (nak campur santan sikit pun boleh)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara

-Blend kan semua bahan, nak tahu bancuhan dah cukup cantik atau tak, cuba masukkan dalam acuan. Kalau bancuhan keluar putus-putus maksudnya bancuhan tak cukup cair.

-Boleh tambah bancuhan tadi dengan air dan mulakan lah menjala. Boleh guna kuali non stick. Nak pakai kuali biasa pun boleh. Sapukan je dengan minyak asalkan tak melekat.

-Biarkan beberapa saat, kalau roti jala dah tak melekat boleh terus angkat. Tak perlu terbalikkan. Then boleh lah lah digulung.

Okay siap, makan dengan kari ayam. Nak buat untuk jamuan pun sesuai sangat. Yang penting sedap!

0 comment... add one now