Sinopsis Tombiruo Penunggu Rimba Movie Wajib Tonton Oktober 2017

Sinopsis Tombiruo Penunggu Rimba Movie Wajib Tonton Oktober 2017. Kami akui yang kami tidak sabar untuk menunggu tayangan Filem Tombiruo Penunggu Rimba. Filem ini yang diadaptasi daripada Novel Novel Tombiruo  yang mempunyi jalan cerita yang sangat menarik. Tak hairan la ramai yang peminat - peminat Ramlee Awang Murshid akan menunggu tayangan Filem Tombiruo ini.



Berikut adalah Sinopsis Tombiruo Penunggu Rimba
Berkisarkan dendam seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Sementara samseng yang diupah ingin memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan. Pengembaraan Tombiruo yang penuh bahaya dan tragis ini membawanya mengenali erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus membuka hatinya menerima peranan sebagai Penunggu Rimba.

TAJUK : TOMBIRUO:PENUNGGU RIMBA
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi / Drama
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan

WATAK PELAKON
Zul Ariffin sebagai Ejim
Farid Kamil sebagai Amiruddin
Nabila Huda sebagai Wan Suraya
Faizal Hussein sebagai Pondolou
Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham
Hasnul Rahmat sebagai Juslan
Faye Kusyairi sebagai Salina



OST Tombiruo Penunggu Rimba

Lirik Lagu Ribut Hati - Aina Abdul (Ost Tombiruo Penunggu Rimba). Dengarkanlah lagu Ribut Hati Ost bagi filem Ribut Hati nyanyian Aina Abdul. Lirik Lagu ribut hati ada seperti dibawah. Semoga Terhibur.

Sinopsis Ringkas Tombiruo Penunggu Rimba
Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila dia kehilangan ayahnya, Pondolou, itu menimbulkan kemarahan Tombiruo. Dia mula memburu pembunuhnya. Tanpa disedari, rupanya Amiruddin juga memburu Tombiruo kerana percaya Tombiruo yang menyebabkan dia kehilangan Tan Sri Berham dan Salina. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.

Ribut Hati
Takkan ada yang memahami
Kegelapan yang menyelubungi
Menutupi sinar matahari
Menjagaku melindungiku

Namun kan tiba di suatu masa
Terpaksa ku meninggalkan semua
Kegelapan yang sedia ada
Menjagamu melindungimu

Dengar bisikan kasih di hati
Ribut dan hujan takkan abadi


Tenanglah sayangku
Agar hatimu berpandukan cinta

Semua yang terjadi ada hikmahnya
Hatik resan dan tak bermaya
Ketakutan tanpa tujuan
Kau beriku kekuatan

Dengar bisikan kasih di hati
Ribut dan hujan takkan abadi
Tenanglah sayangku
Agar hatimu berpandukan cinta

Kemana jua kita berada
Impian yang dikecapi
Apapun jua yang kan terjadi
Kita bersama berpandukan kasih

Tenanglah sayangku
Agar hatimu berpandukan cinta
Agar hatimu
Agar hatimu berpandukan cinta

Tonton Video Klip Ribut Hati - Aina Abdul (Ost Tombiruo Penunggu Rimba)

0 comment... add one now