Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Di Negeri Perak


Negeri Perak adalah sebuah negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi serta budaya pelbagai kaum. So apa yang best dekat Perak? Kita share 5 antara tempat best kat Perak ni ye.

Istana Kellie’s



Merupakan warisan peninggalan seorang peladang dari Scotland, William Kellie Smith. Rekabentuk istana ini menyerupai istana Raja British di India dengan rekabentuk Moorish. Beliau membina istana ini untuk dihadiahkan pada isterinya Agnes tapi tak kesampaian apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1926.

Pulau Pangkor


Merupakan pulau peranginan yang tercantik di Asia, turut menyimpan peninggalan sejarah dari zaman pemeritahan Belanda. Terdapat 11 jenis spesis burung enggang yang berlegar bebas sekitar Teluk Nipah seolah menyambut kedatangan anda.

Kompleks Bersejarah Pasir Salak


Berhampiran dengan sungai Perak, dibina untuk mengingati kebangkitan Melayu melawan penjajahan British. Selain itu anda boleh melawati kubur Sipuntum, Kubu Dato’ Maharajalela dan Rumah Kuntai di sekitar kawasan ini.

Taman Negeri Royal Belum


Hutan hujan tropika yang berusia 130 juta tahun ini antara yang tertua d dunia, lebih tua dari Hutan Amazon. Bunga Rafflesia antara tarikan utama yang boleh dilihat disini selain dari menikmati keunikan alam semulajadi.

Zoo Taiping & Night Safari


Merupakan zoo pertama di negara ini yang mempunyai 2000 ekor haiwan. Terdiri daripada 160 spesis mamalia, reptilia, burung dan ikan. Anda sendiri berpeluang melihat kehidupan haiwan ang aktif diwaktu malam.

Menarik kan? Nanti kita share lagi 5 tempat menarik di Perak. 

0 comment... add one now