Tempat Penginapan Di Pantai Cenang Langkawi

Tempat Penginapan Di Pantai Cenang Langkawi

Bagi yang ke Langkawi memang kena pergi pantai cenang ni tau. Air lautnya sangat cantik, lagi-lagi kalau waktu pagi. Lepas subuh tu cuba lah jalan-jalan kat tepi pantai. Waktu ni tak ramai lagi keluar dari bilik, so korang boleh nikmati pemandangan dan suasana kat situ. Kalau jalan sorang-sorang memang terasa la jauhnya dari hujung sini ke hujung sana, sebaiknya jalan dengan teman supaya tak terasa sangat berjalan kaki tu.

Bagi yang nak menghayati suasana malam boleh lah duduk tepi pantai sambil layan udara segar. Best tau, waktu malam memang boleh dengar deruan air laut tu. Nak tenangkan fikiran memang sesuai. Pada waktu siang memang agak panas, so pakai sunblock siap-siap. Mandi laut memang seronok tapi tau-tau nanti dah berjalur sebab sunburn. Apa-apa pun protect your skin first okay.

Eh sebenarnya nak cerita pasal tempat penginapan kan. Terimbau pulak waktu bercuti kat Langkawi dulu. Hehee okay jom sambung kepada tajuk utama. Kat sini memang banyak tempat penginapan yang korang boleh duduk, tapi kita listkan sikit ye.

Langgura Baron Resort




Ia terletak di tepi jalan, yang mana memang meriah dengan kedai-kedai yang menjual bermacam cenderahati. Hotel sederhana ini terdiri daripada bangunan utama yang mana adalah chalet kayu atau bata. Kalau nak ke pantai hanya berjarak 1 minit je berjalan kaki dan 4-minit ke dari akuarium Underwater World Langkawi. Bilik-bilik asas dengan dinding yang berwarna-warni mempunyai TV dan peti sejuk mini dan beberapa katil tambahan. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran. Terdapat juga sebuah restoran terbuka dan kedai serbaneka, serta kemudahan yang lain.

Harga : Bilik Double Superior/Twin sekitar RM170, Bilik Deluxe Double/Twin sekitar RM180
Alamat : Lot Tanjung Mali, 2608 Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Malaysia

ANZ Langkawi Inn




Ia menyediakan wifi percuma, cerek elektrik dan TV pada pengunjung, juga terdapat balkoni jika pengunjung mahu menikmati suasana daripada bilik. Jarak ke pantai (5km) adalah 30 minit jika berjalan kaki, 5km ke Kelab Golf dan hanya mengambil masa 5 minit jika memandu ke lapangan terbang.

Harga : Bilik standard sekitar RM90, Bilik Keluarga sekitar RM120
Alamat : Lot 407, Kampung Gelam, Mukim Kedawang, Pantai Cenang 07000 Langkawi, Malaysia

Sunset Beach Resort




Resort ni mengambil masa 10 minit jika memandu ke pantai cenang dan Underwater World. Jarak ke Kelab Golf pula adalah sejauh 13km. Pengunjung boleh menggunakan wifi percuma tetapi di kawasan awam sahaja, di dalam bilik tidak disediakan. Kemudahan lain seperti rak pakaian, TV, peti sejuk mini, aircond dan parking percuma untuk pengunjung.

Harga : Sekitar RM200 satu bilik
Alamat : Jalan Pantai Tengah, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Untuk harga penginapan, ia boleh berubah mengikut masa. Waktu cuti umum mungkin harganya naik sikit. Jadi kena rajin survey harga ya. Area pantai Cenang ni jugak korang boleh cuba macam-macam aktiviti berbayar. Kalau rezeki abang beach boy tu nak offer free apa lagi, cubalah. Ada yang rajin ajar korang berenang, mungkin tengok pada masa jugak, kalau terlalu ramai orang takde maknanya dia nak layang korang je kan. So bila bercuti tu have fun okay, rehatkan minda. Selamat bercuti.

0 comment... add one now