Tips Berbelanja di Instagram


Okay siapa yang suka sangat shopping dekat instagram? Cik nurul pun suka tau, bukan apa memang suka sangat cuci mata tengok barang yang kita suka. Okay nak shopping dekat instagram ni pun ada caranya. Jom tengok apa tips yang boleh kita pakai.



Testimoni
Lepas korang dah godek-godek instashop yang korang pilih tu, apa kata rajin sikit skroll komen-komen pada gambar barang yang korang nak beli. Kadang customer suka bagi feedback kat situ tau. Samada barang tu okay atau tak, berbaloi ke nak beli. Kualiti bagus ke tidak. So kena rajin study testimoni pada komen tu ye.

Review
Okay tak semua barang yang gunakan khidmat artis untuk promote barang diorang kan. Kalau produk yang korang nak tu ada artis yang review or jadi duta ke apa make sure ianya adalah betul. Sebab kadang artis tu sendiri tak tahu gambar dia digunakan untuk melariskan jualan. Jadi rajin sikit jadi detektif okay.

Tengok gambar dengan teliti
Perhatikan gambar tu, barang tu real atau tak. Mata kadang boleh tertipu, gambar tu nampak cantik sangat mungkin sebab faktor cahaya. Mungkin juga sebab gambar tu di edit sebelum di post ke instagram. Jadi if korang betul nak barang tu, minta seller bagi gambar waktu korang personal mesej dia. Tak salah pun mintak gambar walaupun dia dah iklan pada instagram kan.

Banding harga
Tak semestinya barang tu sorang seller je yang jual. Banyak lagi seller lain jual dengan harga yang sama or mungkin berbeza. Jadi survey harga dulu okay. Pastikan berpatutan, kalau murah pun tapi fake nak buat apa kan. Jadi kaji betul-betul.

Berbelanjalah secara bijak!

0 comment... add one now