Tips Berfikiran Positif Dalam Bisnes

Tips Berfikiran Positif Dalam Bisnes

Siapa yang dah biasa hidup dalam bisnes, nak fikir positif ni bukan satu masalah kan. Tapi macam mana yang baru nak berjinak dalam dunia bisnes ni? Takpe, bukan awak sorang yang kadang jatuh dan rasa payah sangat nak bangun. Orang yang berjaya tu pun sebelum dia di atas dia pernah dibawah tau. Jom baca tips untuk kekal postif.



Tanya soalan positif pada diri
Setiap kali ada masalah memang akan rasa tertekan. Tapi jangan fokus pada masalah tu. Fokuskan pada yang positif, contohnya ‘Apa kebaikannya pada masalah ni’ ‘Apa peluang lain yang kita dapat’ ‘Apa penyelesaian terbaik’. Semua soalan positif ni akan menghasilkan tindakan yang juga positif. So jangan fokus pada masalah, fokus pada penyelesaian.

Positifkan orang lain
Eh kita yang down macam mana nak positifkan orang lain, betul? Kan dah cakap tadi jangan fokus pada masalah kita. Pernah tak dengar, kita beri lebih kita dapat lebih? Jadi cara untuk kita semakin positif, bantu orang lain untuk positif jugak. Dengar masalah mereka, cuba bagi pendapat supaya mereka lebih rasa lapang. InshaAllah kita juga akan rasa lega. Bantu mereka yang kesusahan. Kita bantu orang, Allah akan bantu kita, okay?

Ceria di awal pagi
Percaya tak, bila kita ada pagi yang indah inshaAllah dalam seharian tu pun akan jadi indah. Thats why setiap kali bangun tidur biasakan diri untuk senyum, bersyukur sebab masih diberi peluang untuk memulakan hari baru. Senyum pada diri sendiri, takde salahnya pun. Elakkan dari baca cerita-cerita negatif di waktu pagi.

Berkawan dengan orang positif
Bila kita down sekurangnya kita boleh ambil sikit aura positif dari kawan-kawan yang positif. Kadang tak perlu meluah pun, cuma duduk bersama dan berbual mood pun akan terus berubah. Minta kata-kata semangat dan bangkit semula. Setiap orang ada cara sendiri untuk positif, mungkin kita juga boleh cuba cara dia. Mana tahu lebih berkesan,who knows.

Jadi untuk positif bukan mudah tapi juga tak susah. Berdoalah, Allah lebih mengerti walaupun saat berdoa tiada satu kata pun yang dapat meluah rasa hati. Allah lebih tahu, keep moving forward okay?

0 comment... add one now