Tips Membeli Baju Bayi

Tips Membeli Baju Bayi

Bestnya bau baby kan, kalau boleh hari-hari nak pegang baby. Bagi yang tak biasa nak beli baju untuk baby yang baru lahir, jom tengok sedikit tips yang cik Nurul nak share. Ni tips umum je tau, sekadar untuk panduan.



Jangan beli baju terlampau banyak
Okay untuk newborn, tak perlu beli baju banyak sebab baby cepat membesar. Jangan kalut sangat beli baju pada awal kehamilan sebab akan cenderung untuk membazir. Bayangkan mengandung 9 bulan dan korang dah start beli baju seusia kandungan dua atau tiga bulan. Setiap kali nampak baju cantik terus nak beli. Simpan rasa excited tu dihujung kehamilan okay, baru seronok nak shopping.

Pilih baju yang sesuai
Sesuaikan pakaian dengan keadaan seharian kita, beli baju yang dapat buat baby rasa hangat dan selesa. Kena perhatikan samada baju sesuai atau tak dengan kulit baby. Kalau munculnya gatal-gatal maksudnya jenis kain tu tak sesuai. Kalau pergi hospital untuk check up sebaiknya pakaikan baju lengan panjang sebab beraircond. Jadi baju lengan panjang ni beli lah dalam 2-3 pasang saiz newborn.

Ukuran baju
Ukuran baju baby selalunya ikut bulan. Ada yang newborn, 0-3m, 3-6m dan seterusnya. Untuk baju saiz newborn tak perlu banyak, lebih kan pada 3-6m punya saiz. Nanti dah masuk 6 bulan boleh beli lagi. Yang penting baby selesa dan baju jangan terlalu ketat, cukup sedang-sedang dan tak terlampau besar. Barulah nampak comel je kan.

Corak atau aksesori yang sederhana
Jangan beli baju dengan corak dan aksesori yang sarat. Baby banyak tidur je, jadi lebihkan untuk baju berada di rumah. Cukup sekadar 2-3 helai untuk baju dipakai ke luar.

Bedung yang besar
Okay yang ni, memang kena beli. Tak pun ada je yang guna kain batik, potong dan dijadikan bedung. Kalau nak beli pastikan saiz bedung ni besar ye sebab banyak bedung yang dijual saiz kecil. Kadang nak bedung pun ngam-ngam je kainnya.

Okay tu je tipsnya, sebenarnya banyak lagi tips kat luar sana bergantung pada keadaan ekonomi keluarga tu. Jadi sesuaikan dengan keadaan masing-masing. Apa pun setiap baby yang dilahirkan tu ada rezekinya masing-masing.

0 comment... add one now