Tips Membeli Seluar Bagi Lelaki


Nak beli seluar pun ada tipsnya tau. Kalau salah beli rugi je dan buang masa nak tukar semula saiz. Jadi cuba ikuti tips ni supaya korang tak menghadapi masalah untuk membeli seluar.



Jangan ukur saiz pinggang seluar di leher

Masa budak-budak bolehlah ikut cara ni tapi bila dah besar sebaiknya ukur pinggang sendiri. Korang kena tau ukuran pinggang supaya tak tersilap pilih saiz.

Panjang seluar

Sebaiknya panjang seluar tu mencecah tapak kasut. Jangan terlalu senteng dan jangan terlalu labuh. Kalau boleh bila kaki seluar tu mencecah kasut, pastikan hanya ada satu kedutan. Kalau banyak kedutan maksudnya seluar terlalu labuh.

Pleat dan potongan lurus

Bagi lelaki yang berbadan besar, digalakkan untuk membeli seluar yang ada pleat pada bahagian atas seluar. Ia berfungsi untuk memberi ruang pada si pemakai. Orang yang berbadan besar lebih baik membeli seluar potongan lurus supaya nampak lebih seimbang pada bahagian atas dan bawah badan.

Cuba seluar sebelum beli

Semasa membeli seluar pastikan korang cuba dulu. Cuba untuk duduk, mencangkung dan berjalan. Baru korang akan tau selesa atau tak seluar tu pada korang. Tapi ramai yang tak buat macam ni kan.

Tempah seluar

Paling senang tempah je seluar, korang akan lebih selesa sebab tu adalah cutting korang sendiri. 

Pastikan ikut semua tips ni sebelum beli seluar ye. Selamat membeli!

0 comment... add one now