Tips Memilih Ikan

Tips Memilih Ikan

Bagi yang biasa beli ikan kat pasar mesti takde masalah kan. Okay ni panduan atau tips untuk mereka yang memang blur nak pilih ikan. Segar ke tak ke kan, rasa macam segar tapi sebenarnya ikan tu pun dah mula nak lembik. So jom ikut tips ni.



Mata
Pilih ikan yang matanya masih berwarna biru dan jernih. Ia nampak bersinar dan menonjol. Kalau dah nampak warna merah macam tu paham-paham la ye.

Insang
Okay ikan yang segar insangnya warna merah lagi. Kalau warnanya dah bertukar kelabu maksudnya ikan tu dah lama dibekukan.

Perut
Okay cuba tekan sikit perut ikan tu tengok lembik ke tak. Kalau lembik tu maksudnya ikan lama tau. Ikan segar perutnya masih keras.

Selain tu sisik dia masih kuat melekat pada pada ikan dan tak mudah tanggal. Yang penting baunya tak busuk ye.

So ikan yang tak segar tu macam mana pulak? Okay ciri-cirinya mata ikan dah tenggelam, sisik dan insang pun macam dah nak tanggal, perut pun lembik je.

Untuk ikan yang dah dipotong pulak, cara nak tau ianya masih segar,

-Potongan isinya nampak padat
-Dagingnya masih kenyal, kalau tekan pun kembali pada bentuk asal.
-Tak berbau busuk
-Daging masih lagi kuat melekat pada tulang
-Daging masih nampak segar dan tak kering

So lepas ni boleh lah pilih ikan dengan konfiden sikit kan. Kalau tak lama di tenungnya ikan tu. Hehee gurau je. Selamat mencuba okay.

0 comment... add one now