Tips Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat

Tips Menghilangkan Rasa Mengantuk Di Pejabat

Biasalah kadang mengantuk kat pejabat, lagi-lagi kalau malam sebelum tu tidur lewat kan. Jadi ni antara tips yang korang boleh cuba.



Basuh muka

Bagi lelaki basuh muka lah paling senang, lelaki tak payah mekap ye tak. Kalau dah rasa mengantuk tu basuh je muka supaya kembali segar.

Menggerakkan badan

Dalam kiub tempat kerja tu korang gerak-gerakkan lah badan. Lari setempat pun boleh, tak yah malu sebab ada je orang lain yang mengantuk macam korang tapi tak nak mengaku. Atleast regang kan sikit otot tu.

Solat

Okay solat pada waktunya lah ye. Kalau pagi-pagi dah mengantuk korang buatlah solat dhuha, banyak kelebihannya tau. Solat akan membuat badan lebih segar dan bersemangat.

Minum air kosong

Tahu tak sebenarnya kalau dah selalu sangat mengantuk maksudnya oksigen tak cukup untuk sampai ke otak. Jadi rajin-rajinlah minum air kosong supaya badan berfungsi dengan baik.

Lihat warna hijau

Warna hijau dapat menyejukkan mata. Kalau ofis tu sebelah padang ke. sebelah hutan ke, cuba tenung sekejap. Jangan berangan lama-lama pulak, cukup sekadar menghilangkan rasa mengantuk tu.

Tarik dan hembus nafas

Nak hilangkan mengantuk ada caranya ya. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan, ambil masa beberapa minit untuk bertenang. Bagi badan dapat oksigen yang cukup dan sambung balik kerja korang.

Tidur awal

Okay yang ni senang je, tidur jelah awal. Tidur awal nak bangun pun senang kan. Pukul 10 ke atas korang dah tidur pastikan badan dapat rehat dengan secukupnya.

Banyak lagi tips lain sebenarnya, cuba dulu antara tips yang ada ni. InsyaALLAH berkesan.

0 comment... add one now