Tips Menjaga Mata yang Perlu Anda Tahu

Tips Menjaga Mata yang Perlu Anda Tahu

Siapa yang tak nak mata cantik dan bersinar kan. Macam-macam cara penjagaan yang boleh kita buat. Ada jugak yang buat rawatan beribu ringgit, tu kalau korang memang ada bajet lebih la. Pakai bahan murah dan senang dapat pun boleh membantu sebenarnya. Jom tengok apa dia.

Uncang teh



Uncang teh yang dah digunakan tu korang letak dalam peti ais bagi sejuk. Kemudian sambil baring tu tekapkan dekat mata, biarkan dalam setengah jam macam tu. Senang kata time korang tengah berehat tu boleh lah buat. Mata akan rasa rasa lebih segar tau.

Timun



Timun memang bagus untuk mata selain untuk kulit. Kandungan air di dalam timun dapat merawat mata yang kepenatan. Same jugak sejukkan dalam peti ais dan tekap pada mata selama 15 minit.

Susu sejuk



Okay kita guna susu segar yang sejuk ye. Tuangkan susu dalam bekas, tak perlu banyak pun sebab kita nak rendam kapas je. Kapas yang dah direndam dengan susu ni tekapkan pada mata selama 15 minit. Kemudian bilas.

Strawberry



Strawberry ni bukan sedap untuk dimakan je ye. Buang bahagian atasnya, potong strawberry tadi dan letak di bahagian bawah mata selama 5 minit. Kulit pada bahagian mata ni akan lebih lembut dan sihat.

Tidur yang cukup



Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti tau. Kalau tak nanti mula ada lingkaran hitam bawah mata. Muka pun nampak tak bermaya je.

Cubalah salah satu cara ni, inshaAllah dapat membantu.

0 comment... add one now