Tips Mudah Menjaga Buku

Tips Mudah Menjaga Buku

Siapa pencinta buku mesti rasa frust sangat kalau tengok buku comot walaupun sikit kan. Lagi-lagi kalau korang memang jenis yang teliti dan kemas. Okay ni ada cara untuk korang yang tak tahu macam mana nak jaga buku dengan baik. Tak kisahlah buku sendiri ataupun buku pinjam.



Balut buku
Okay ni memang kena ada skill dan mestilah kena rajin. Tak kisahlah korang nak gna pembalut jenis apa pun. Pembalut berwarna ke atau lutsinar tu je, yang penting kulit buku tu pun terjaga.

Jangan lipat
Biasalah kalau baca buku mesti kena ada break time jugak kan. So tanda page yang korang berhenti baca tu. Jangan suka lipat-lipat sebab memang ramai yang suka buat macam ni. Nanti buku jadi tak cantik.

Rak buku
Sebaiknya korang kena ada rak buku untuk buku korang yang menimbun tu. Jangan letak sebarangan dan bersepah. Biar buku nampak teratur dan kemas, so korang nak cari pun senang kan.

Susun buku
Dah ada rak buku jangan main letak je. Susun cantik-cantik, susun posisi berdiri. Jangan tindih buku-buku tu sebab ia akan merosakkan buku yang bahagian bawah.

Pastikan tangan bersih
Nampak remeh kan, tapi sedar tak kadang lepas makan terus pegang buku. Tengok-tengok ada tercalit minyak ke sambal ke. Tu tandanya tangan korang tak basuh bersih. Nanti buku comot tau.

Jangan sembur racun serangga
Kalau ada banyak serangga di kawasan buku korang tu, jangan sesekali sembur direct pada buku. Sebab buku tu akan rosak disebabkan bahan kimia. Nanti buku jadi kuning dan rosak.

Bersih dan lap
Ambillah sedikit masa untuk lap dan bersihkan buku korang. Kalau tak rajin nak lap satu-satupun sekurang-kurangnya buang habuk pada rak buku tu.

So simple kan? Lepas ni rajin-rajin jaga buku tau sebab buku tu boleh pakai lama.

0 comment... add one now