Tips Untuk Ibu dan Wanita yang Berkerjaya

Tips Untuk Ibu dan Wanita yang Berkerjaya

Menjadi seorang wanita yang berkerjaya memerlukan pengurusan masa yang betul. Mana nak urus anak dan menyiapkan kerja-kerja dirumah lagi, jadi jom tengok tips ni. Mana tahu dapat membantu.



Tips memasak

Bagi ibu yang berkerja sememangnya perlu menjimatkan masa untuk memasak. Kalau boleh nak masak menu yang paling simple sebab dah terkejar-kejarkan. Okay ambil masa waktu hujung minggu untuk mengupas bawang atau menyediakan bahan mentah yang lain. Kisar bawang atau cili kering siap-siap dan simpan di dalam bekas berpenutup. Potong sayur dan basuh ayam atau ikan dan simpan di dalam peti. Jadi dah jimat masa kalau nak masak pada waktu berkerja sebab semua bahan asas dah disediakan lebih awal.

Tips kemas rumah

Okay yang ni semua ahli keluarga kena main peranan. Amalkan sikap guna dan simpan. Setiap kali kita gunakan barang dalam rumah pastikan barang tu disimpan semula. Selepas makan, pinggan terus dibasuh supaya tak terkumpul di dalam sinki. Jadi walaupun berkerja, rumah masih boleh terjaga kebersihannya.

Tips basuh dan sidai baju

Dalam seminggu paling kurang pun basuh baju 2 hari sekali. Jangan biarkan sampai hujung minggu baru nak basuh. Bila baju dah menimbun lagi banyak yang kena sidai.
Kalau korang sempat basuh baju lepas balik kerja, esoknya bangunlah awal untuk sidai baju. Mintak tolong suami, saling membantu kan amalan mulia.

Tips iron baju

Iron terus baju untuk seminggu, nampak banyak kan. Tapi sebenarnya akan menjimatkan masa pada waktu hari berkerja. Sambil iron tu sambil tengok tv atau berbual dengan keluarga so tak lah terasa sangat bebannya.

Tips meluangkan masa bersama keluarga

Jadikan hari cuti hari untuk bersama keluarga. Ambil peluang berbual bersama sewaktu menyediakan makanan. Kalau suami dan anak-anak tak tahu masak sekalipun, asingkan tugasan seperti buat air atau menyediakan pinggan dan cawan.

Tips kesihatan diri

Sebagai wanita, kesihatan sangat penting walaupun sangat sibuk. Sambil buat kerja di pejabat tu boleh bersenam, berjalan kaki dan menaiki tangga. Curi masa untuk berehat seketika walaupun sangat banyak kerja dirumah. Ambillah apa-apa vitamin tambahan untuk tubuh. Bila badan sihat baru boleh jadi ‘Superwoman’ kan.

0 comment... add one now