Tips Untuk Keluar First Date

Tips Untuk Keluar First Date

Ada tak yang tak pernah pun keluar first date? Tak pun rasa takut atau rasa malu sangat sebab tak tahu nak cakap apa. Tak pun reaksi macam mana yang kita nak tunjuk masa first date tu kan. So jom tengok tips kat bawah.



Senyum
Okay first date kena senyum ye. Jangan nak muncung je even mood tak berapa okay pun hari tu. Kalau betul-betul tak boleh nak handle mood korang, sebaiknya cuba postpone tarikh dating tu. Even masa dating tu pun perangai dia semacam mengundang marah je kan tapi senyum jelah. Dah habis dating tu nak sambung emo balik pun takpe lah.

Penampilan
Bagi perempuan mesti pening nak pakai baju apa tudung apa. Tapi yang penting selesa okay, pakaian yang sopan dan jangan seksi sangat. Sebab tak tau kan lelaki tu jenis macam mana. Dah nama pun first date.

Pilih topik perbualan
Cari lah topik yang korang suka berbual. Jangan bukak cerita yang tak menarik, nanti korang syok sendiri je bercerita. Masa ni lah nak kenal hati budi masing-masing, ambil tahu hobi dia, apa dia suka apa yang tak. Takpun sejenis perangai yang sikit-sikit melenting ke kan. Kaji betul-betul, balik sempat lagi nak fikir samada nak teruskan atau tak.

Masa dan tempat
Buat gegadis, make sure korang bawak kenderaan sendiri tau. Ni penting sebab first date kita tahu ke perangai dia? Kot dia pembunuh bersiri ke, naya je korang hilang terus dari radar. Sebaiknya kalau takde transport pun cuba guna public transport, bagi tau siap-siap pada kawan or family, hakak nak pergi dating ni. Haa gitu. Lagi satu masa, please tepati masa. Kalau dah memang jatuh cintan dengan dia make sure first impression kena bagus. So salah satunya tepati masa okay.

Jadi diri sendiri je
Yang ni senang cerita jadi diri sendiri je okay. Tapi janganlah tunjuk perangai tak semenggah tu. Jadi diri sendiri bermaksud jangan jadi fake, perangai 360 darjah berubah. Kalau dia nak teruskan boleh fikir tak yang dia sebenarnya suka korang yang betul atau suka korang yang fake tu. Nak cover boleh tapi biar berpada ya.

Banyak lagi tips lain yang korang boleh praktikkan. Selamat mencuba okay!

0 comment... add one now