Tips untuk Lelaki Yang Menemani Wanita Membeli belah

Tips untuk Lelaki Yang Menemani Wanita Membeli belah

Siapa rajin ikut pasangan pergi shopping? Mesti ramai yang tak berapa nak rajin kan. Tapi nak tak nak memang kena hadap jugak, yelah takkan nak biarkan pasangan tu shopping sorang pulak kan.



Positif kan minda
Daripada korang serabut apa kata positif sikit. Biasalah perempuan ni kadang emosi sikit kalau barang yang dia nak tu dah sold out ke, tak dapat diskaun ke. Tu belum lagi kalau bertekak dengan sales person kat kedai tu. Tu contoh jela. So daripada korang rimas dan fedup, bagi lah kata-kata semangat kat diri sendiri ‘Ya aku boleh!’ ‘You can do this bro!’. So korang akan dapat melalui saat-saat tu dengan penuh gembira.

Tanya lokasi dan barang yang hendak dibeli
Cara ni pun korang boleh cuba, tanya pasangan siap-siap ke mana hala tuju korang. Tempat tu ramai orang ke tidak, kena berebut ke atau perlu beratur panjang ke. Sekurangnya emosi dan mental korang dah bersedia. Then buat lah perjanjian, lepas beli terus balik.

Jawab pertanyaan
Kalau pasangan tu tanya kasut ni cantik ke, warna baju ni sesuai ke. Korang bagi jawapan yang bijak sikit, jangan nampak sangat nak balik cepat. Kalau dia tanya nak seluar A ke seluar B, jawab je antara A atau B. Jangan suruh dia fikir, alamatnya setengah jam lagi baru korang keluar dari kedai tu.

Tolong angkat barang
Dah tau barang dia banyak jadilah superman sikit, tolong angkatkan barang tu. Sekurang-kurangnya bertanya, takdelah diorang fikir korang just nak jadi driver je. Kalau dia nak angkat barang sendiri tu terpulang. So lepas ni jangan berat tulang eh.

Ajak rehat
So jangan takut ajak dia rehat kalau memang korang dah betul-betul penat. Walaupun perempuan ni takkan penat bila nampak SALE, tapi suarakan jelah isi hati korang tu. Mesti diorang faham.

Senyum
Jangan lokek dengan senyuman. Perempuan tak suka tau keluar shopping dengan orang yang memanjang nak masam muka je. Bukan selalu perempuan nak shopping lagi-lagi suri rumah. Gembirakan mereka okay. Bila korang senyum mesti perempuan lagi rasa happy dan bahagia. Bagi kerjasama, confirm bahagia je. Hehee

Selamat mencuba. Jangan lupa amalkan tips ni.

0 comment... add one now