5 Makanan yang Membantu Tidur Lebih Lena

5 Makanan yang Membantu Tidur Lebih Lena

Ada tak yang kadang susah nak tidur tak pun selalu sangat terjaga tengah malam. Cuba 5 jenis makanan ni untuk membantu korang tidur lebih lena. Waktu tidur yang berkualiti penting tau supaya esoknya boleh bangun dengan segar dan ceria.

Susu


Cuba minum susu sebelum tidur. Susu akan buat kita rasa tenang dan relaks sebab kandungan asid amino dapat membuat kita rasa mengantuk. Disamping tu kalsium di dalam susu akan meningkatkan kadar hormon melatonin yang membantu untuk tidur.

Madu


Fungsinya sama macam susu. Badan akan rasa lebih tenang dan mudah untuk tidur. Makan sesudu madu sebelum tidur pun dah cukup, jangan makan gula pulak ya.

Pisang


Pisang ni selain elok untuk perkumuhan ia juga bagus untuk membantu tidur yang lena tau. Kandungan potassium dan magnesium akan membantu merehatkan otot badan dan minda kita akan lebih tenang untuk tidur.

Yogurt


Sambil guna yogurt untuk buat mask tu apa kata makan sikit untuk melegakan tekanan. Ambil yogurt rendah gula dan makan dengan kekacang atau buah. Badan akan rasa lebih tenang tau.

Air kelapa muda


Air kelapa muda ya, bukan coconut shake atau kelapa lemon ke atau sewaktu dengannya. Ni air kelapa yang fresh tu. Kandungan di dalam air kelapa ni akan meredakan kekejangan otot. So takde lah tengah malam terjaga sebab badan sakit sakit atau tak selesa.

So bagi yang susah tidur apa kata cuba makanan ni. Mana tahu banyak membantu untuk dapatkan tidur yang berkualiti.

0 comment... add one now