Aiskrim Choki choki

Aiskrim Choki choki

Siapa yang tak suka choki choki, kita yang dah besar ni pun suka. Budak budak apetah lagi kan. Aiskrim ni mencecah seringgit lebih jugaklah sebatang. Jadi kalau nak jimat bolehlah buat sendiri, boleh makan banyak-banyak.



Bahan-Bahan

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
Coklat Choki-Choki
Plastik Aiskrim
Tepung Jagung-bancuh dengan sedikit air
Air
Garam

Cara cara

Masak susu pekat dan susu cair dalam periuk hingga mendidih. Tambahkan 4 tin air dan bancuhan tepung jagung. Masukkan secubit garam untuk rasa lemak. Kena selalu kacau ye, kacau hingga mendidih. Tutup api dan biar sejuk.

Gunakan 1 batang choki choki untuk 1 bungkus plastik aiskrim. Picitkan choki choki tadi. Tuangkan susu yang dah masak tadi dalam plastik. Masukkan dalam frezer.

Dah beku bolehlah makan. Sedap tau!

0 comment... add one now