Barbie Kini Berhijab

Barbie Kini Berhijab. Mattel telah melancarkan anak patung Barbie yang bertudung untuk pertama kalinya. Ianya direka berdasarkan Olympian Ibtihaj Muhammad, Atlet Olimpik pertama yang bersaing dengan memakai tudung pada Olimpik Rio 2016.



Anak patung  barbie bertudung ini membuat kemunculan sulungnya pada "Glamour’s Women of the Year Live Summit"

Patung Barbie itu adalah sebahagian daripada koleksi 'Sheroes' keluaran Mattel dan ia memakai pakaian lengkap atlet lawan pedang, selain hijab.

Sementara itu, dalam laman webnya, Mattel berkata, patung Barbie itu akan memberi inspirasi kepada semua kanak-kanak perempuan, yang tidak pernah menyangka mereka mampu berjaya dalam bidang sukan dan kebudayaan.


0 comment... add one now