Cara Masak Nasi Menggunakan Dapur Gas

Cara Masak Nasi Menggunakan Dapur Gas

Fuhh tajuk cara masak nasi? Ada ke yang tak tau masak nasi zaman sekarang ni? Eh mestilah ada, ni masak nasi atas dapur gas tau. Bukan guna rice cooker. Guna rice cooker tu tekan suis, tinggalkan lepas tu biar je masak. Kalau guna dapur gas jangan buat gini tau. Hangit nanti nasi kome.



Firstly basuh beras dulu, basuh atleast 3 kali tau supaya bersih. Mana tahu termasuk semut ke serangga apa dalam bekas korang simpan beras tu.

Then dah basuh bersih masukkan dalam periuk. Untuk sukatan air, pakai jari pun boleh uolss. Gunakan ruas jari telunjuk atau jari hantu. Letak jari atas permukaan beras, kalau air berada pada ruas pertama kira okay dah sukatan tu. Ni untuk masak beras yang biasa ye. Kalau beras yang mahal sikit tu mungkin lain sikit cara sukatannya.

Kalau masak nasi yang banyak lebih sesuai sukat guna cawan. 1 cawan beras bersamaan 1 1/4 cawan air (satu, satu per empat ye. Bukan 11 per empat).

Masak atas api dan biarkan sampai air kering. Maksudnya dah nampak air tu kering paras nasi, pelan kan api dan tutup periuk. Biarkan dalam 5-7 minit, check nasi betul betul dah masak atau masih separuh masak. Kalau dah masak boleh tutup api. Ibu cik Nurul cakap kalau dah nampak asap keluar dari penutup periuk tu kira dah masak lah tu. Ha gituuu.

Kalau cik Nurul suka gembur kan dulu nasi yang masih panas tu dulu. Lain orang lain cara kan. Okay dah siap! Ni nak kawen mesti mak mertua cop lulus kat dahi. Hehee selamat mencuba.

0 comment... add one now