Cara Menenangkan Hati yang Gelisah dan Kecewa

Cara Menenangkan Hati yang Gelisah dan Kecewa

Hari tak selamanya indah. Mungkin pagi kita gembira, petang kita kecewa. Sesungguhnya Allah yang membolak balikkan hati, minta supaya Allah pelihara hati kita. Kecewa tu tak kan juga selamanya. Mungkin hari esok lebih baik, lebih ceria dan bahagia. Kadang hati yang kecewa tu datangnya dari kelakuan orang lain terhadap kita, kenapa ya wujudnya manusia begini. Mengapa ada nya manusia yang menyakiti.

Tak kira apa pun punca hati itu disakiti, pastinya ada cara yang Allah sediakan untuk pujuk kembali. Ada jalannya untuk tenang semula. Mari kita amalkan sama sama kerana hari gembira dan kecewa itu seperti saling memerlukan kedua nya.



Amalkan surah yasin

Surah yasin mempunyai auranya yang tersendiri. Didik diri untuk lebih rajin membaca al quran. Inshaallah hati lebih tenang, dalam setiap ayat di dalam al quran itu ada maksudnya sendiri. Amalkan bacaan al quran sehingga ketenangan itu datang.

Solat sunat tahajud

Tahajud dapat menguatkan jiwa dan memberi ketenangan dalam melalui liku hidup. Berceritalah segalanya, mengadulah demi hati yang terluka dan teraniaya. Allah itu ada dalam setiap kelukaan yang kita rasa. Sentiasa yakin, Allah mengetahui segalanya. Kita tak keseorangan untuk menghadapi kekecewaan tu. Setelah hujan pasti adanya pelangi kan.

Istighfar dan zikir

Ia dapat menenangkan hati yang resah. Istighfar untuk segala dosa kita, moga terbuka hijab untuk kita merasa tenang. Amalkan zikir,

La haula wala quwwata illa billah (tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)

Hasbunallah wani’mal wakiil (cukup Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik baik pelindung)

Mengingati Allah

‘Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram’ -Ar Ra’d:28

Allah lebih tahu apa yang terbaik. Mungkin kadangnya hati persoalkan dimana hikmahnya, apa kebaikannya. Hati setiap hari menunggu hikmah yang tak kunjung tiba. Sabar sayang, saatnya pasti tiba. Allah akan memberikan pada saat yang terbaik. Inshaallah.

0 comment... add one now