Ciri-ciri orang Berjaya

Ciri-ciri orang Berjaya

Hai harini cik Nurul nak bagi korang semangat sikit. Semua orang layak untuk berjaya tau so macam mana ciri-ciri orang berjaya ni? Lets check it out!




Bertenaga setiap hari
Orang yang berjaya sentiasa bertenaga untuk bekerja, sentiasa berstamina untuk merangka strategi perniagaan bermula dari pagi hingga malam. Maksudnya dia sanggup menghabiskan masa bagi memastikan impiannya tercapai.

Fokus
Yes fokus, maksud fokus tu macam mana? Apa benda fokus ni weh? Fokus bermaksud memberi tumpuan kepada apa yang kita nak, fokus pada apa yang kita jual. Kalau hari ni awak jual barang A, esok barang b, lusa barang c so fokus awak tu ke mana? Boleh nak jual banyak barang tapi pastikan fokus awak tak lari. Kalau rasa susah nak fokus jual banyak benda, fokus pada satu dulu okay.

Fleksibel
Maksud fleksibel ni awak bersedia untuk berubah dari segi strategi dan perancangan. Lebih terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan. Kalau dirasakan pendapat orang tu baik dan membantu, awak bersedia untuk mencuba cadangan dan teknik baru dari orang lain.

Semakin kuat bila dicabar
Bila kita suarakan keinginan, cita cita dan impian pasti ada yang akan memperlekehkan. Itu lumrah, tapi kena kuat. Lagi orang cakap awak tak boleh, lagi awak berusaha untuk buktikan awak boleh. Jangan jadikan kata kata mereka satu titik akhir untuk segala yang awak usahakan. Buktikan awak boleh dan berjaya!

Bijak mencari peluang
Pernah tak dengar cari peluang dalam setiap masalah? Masalah dah tentu jadi masalah, tapi cuba buka hati. Dalam setiap masalah mesti ada peluang lain yang terbuka. Awak jual barang yang orang tak pernah pakai, malah cuba pun tak pernah. Nampak susahkan nak jual? Sape nak beli weh, dorang memang tak pakai benda tu. So apa peluang awak kat situ? Educate them, bagi info dan kebaikan barang yang awak jual. Bila orang dah tau kebaikan dan manfaatnya jadi orang akan beli dan cuba.

Bangun bila jatuh
Jatuh dan gagal tu tak salah. Yang salah bila jatuh dan tak bangun semula. Tahap kegagalan setiap orang berbeza, ada yang beri kesan yang sangat mendalam pada hidup. Take your time and get up! Belajar dari kegagalan dan ambil pengalaman tu untuk buat yang terbaik lagi di masa akan datang.

Hargai orang sekeliling
Saat awak jatuh ingat siapa yang ada untuk menarik tangan awak, siapa yang melihat saja awak tergapai-gapai dan siapa yang menyebabkan awak jatuh. Hargai mereka yang berada disamping awak saat susah. Sakit bila kita ditinggalkan saat semuanya nampak tiada harapan. Jadilah orang yang membahagiakan orang lain, bukan yang menjatuhkan orang lain. What goes around comes around, awak buat baik Allah akan balas kebaikan awak.

Suka berkongsi ilmu
Bila ada yang perlu kan bantuan, kongsi ilmu yang awak ada. Lagi banyak ilmu yang awak kongsi lagi luas pengetahuan awak. Awak takkan kekurangan sikit pun kalau berkongsi ilmu dengan orang lain. Jika ilmu yang dikongsi tu yang membuat orang berjaya, awak pun akan dapat manfaatnya.

Bersyukur
Sikit atau banyak kena bersyukur, syukur tu yang akan buat rezeki bertambah. Kena ingat, kalau kita rasa susah ada lagi orang yang kurang bernasib baik dari kita. Jadi kurang kan merungut dan bersyukur.

Semangat okay. Senyum dan perhati sekeliling. Banyak lagi sebab untuk awak bangun dan capai impian. Good luck!

0 comment... add one now