(Gambar) Lelaki Jadi Kacak selepas Pembedahan Sehingga Ibu Tidak Kenal Tapi Masih Setia

Lelaki Jadi Kacak selepas Pembedahan Sehingga Ibu Tidak Kenal Tapi Masih Setia. Seorang lelaki menjadi Kacak merecik selepas melakukan beberapa siri pembedahan plastik.

Menurut laporan Coconuts Bangkok, Noppajit Monlin, 22 tahun, seorang pekerja kilang telah dipilih menyertai rancangan TV popular 'Let Me In Thailand' yang menawarkan 'makeover' menerusi pembedahan plastik di Korea Selatan.

Noppajit Monlin sebelum ini mengakui menghadapi masalah rahang yang membuatkannya sukar untuk mengunyah kerana rahangnya agak senget. Walaubagaimana semuanya berubah selepas beliau melakukan pembedahan plastik dan suntikan botox serta mendapatkan rawatan kulit untuk membuang parut.

Rawatab ini mengambil masa tiga bulan untuk pulih, dia membuat keputusan untuk berjumpa ibunya buat pertama kali sejak menjalani rawatan. Ibunya yang menunggu, tidak sedar bahawa anaknya sedang berada di meja hadapan menikmati makanan bersama rakan-rakan.

Apabila ditegur oleh Noppajit, ibunya sambil menangis tidak percaya bahawa itu adalah anaknya sehinggalah dia melihat parut pada badan anaknya itu.

Dalam satu temubual di rancangan tersebut, Noppajit mengakui kehidupannya kini telah mengalami perubahan besar, terutama sekali kehidupan sosialnya.

Meskipun dia kini mampu mencari pekerjaan di mana-mana agensi modeling, Noppajit berkata dia masih insan yang sama dan masih mencintai teman wanita transgendernya yang bernama Tob.

Katanya, walaupun telah memilki kehidupan baharu, hatinya tetap sama.

Berikut adalah gambar wajah pemuda tersebut.






0 comment... add one now