Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS). Bagi Ibu - ibu yang berada di Selangor menyambut baik insentif RM200 sebulan yang diberikan Kerajaan Negeri bagi mereka yang berpendapatan RM2,000 ke bawah, bermula tahun 2018.

Kasih Ibu Smart Selangor (KISS)


Pengumuman itu diumumkan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, menerusi inisiatif baharu yang diperkenalkan Kerajaan Negeri iaitu Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang akan memberdaya golongan ibu sebagai pengurus kewangan untuk keluarga masing-masing, di Selangor

Bantuan ini dapat membantu ibu daripada setiap keluarga atas segala pengorbanan dan perit jerih mereka khususnya berpendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah. Setiap ibu yang layak akan menerima bantuan RM2,400 setahun atau RM200 setiap bulan.

Selain itu, 30,000 ibu di negeri itu akan mendapat bekalan makanan asas seperti beras, minyak masak dan tepung serta peralatan juga pakaian sekolah untuk anak di pasaraya serta kedai runcit yang akan dikenal pasti melalui Kad KISS. - Selangorkini

0 comment... add one now