Milo Tabur Sedap

Milo Tabur Sedap

Siapa suka minum milo tabur? Dulu masa kerja retail, waktu rehat je member mesti suka order milo tabur. Lepas tu order pulak roti milo. Uish tak muak ke dia, terfikir sampai sekarang. Hihii setiap orang ada taste masing-masing, mungkin masa tu dia craving dengan benda manis kot. Okay takpe, kita cuba buat milo tabur sendiri.



Bahan-bahan

3 sudu makan milo
1 sudu makan susu pekat
Air panas
Ais batu

Cara-cara

Masukkan milo dan susu ke dalam mug. Then masukkan air panas, jangan penuh sangat ye, cukup untuk sebatikan susu dan milo.
Kemudian kacau sebati, masukkan ais batu sampai penuh mug. Biarkan ais cair sendiri.
Then tabur lagi milo atas ais tu. Pehh memang padu rasa milo ni. Simple kan? Selamat mencuba.

0 comment... add one now