Perbezaan Nangka dan Cempedak

Perbezaan Nangka dan Cempedak

Haa siapa lagi yang tak tau beza dua buah ni? Mesti ada yang tak tahu kan. Kalau dah sedia terhidang tu senang lah nak beza yang mana satu. Tapi kalau masih di pokok, agak agak boleh kenal tak? Okay jom berkenalan dengan nangka dan cempedak ni.

Cempedak



Artocarpus integer, biasanya dikenali sebagai cempedak, adalah spesies pokok dalam keluarga Moraceae, dan dalam genus yang sama seperti sukun dan nangka. Ia berasal dari Asia Tenggara, dari Indonesia dan Semenanjung Melayu ke pulau New Guinea

Pokok Cempedak adalah pokok besar dan hijau. Ia boleh mencapai ketinggian 20 m, walaupun kebanyakannya hanya mencapai 12 meter. Bentuk buahnya bulat, diameter mencapai antara 10-15 cm. Panjangnya antara 20-35 cm. Kulitnya nipis dan berwarna hijau ke kekuningan dan coklat.

Pokok Cempedak juga tidak sesuai ditanam dikawasan yang mudah ditengelami banjir atau tanah yang mempunyai kelembapan yang tinggi kerana pokonya mudah mati. Tangkai daun cempedak terdapat bulu halus yang berwarna coklat. Ia juga lebih kecil dari buah nangka. Cempedak ni sesuai digoreng bersama tepung atau dimakan begitu saja.

Nangka



Buah nangka, yang juga dikenali sebagai pokok jack, fenne, jackfruit adalah spesies pokok dari keluarga sukun yang berasal dari India Selatan.

Nangka mempunyai aroma manis yang tersendiri. Pada tangkai daun nangka tidak terdapat bulu halus seperti cempedak. Ia juga bersaiz lebih besar berbanding cempedak. Nangka lebih sesuai di masak sebagai lauk,tidak seperti cempedak.

So dah boleh bezakan antara dua jenis buah ni?


0 comment... add one now