Percutian Ke Teluk Senangin

Percutian Ke Teluk Senangin Perak. Baru - baru ini admin telah bercuti. Percutian singkat ini memilih Teluk Senangin sebagai destinasi. Jarak perjalanan dari rumah mengambil masa kira - kira 1 Jam 1/2.

Perjalanan bermula dari Pekan Langkap menuju Kg Gajah. Untuk ke Kg Gajah boleh mengikut jalan yang lebih dekat melalui Simpang 4 Chenderong Balai, menuju ke Kg Air Kuning dan seterusnya belok ke kiri dan tiba di Kg Gajah. Kemudian melalui Changkat Lada, Lekir, Manjung dan terus ke Teluk Senangin. Bagi mereka yang tidak arif boleh menggunakan Google Maps dengan carian Teluk Senangin Beach.


Walau perjalanan ditimpa hujan lebat, perjalanan ke Teluk Senangin tetap diteruskan, Setibanya di destinasi kami disambut oleh Pintu Gerbang yang tertulis Selamat Datang Ke Teluk Senangin. Pada waktu ini hujan sudah mulai renyai dan beransur reda.

Untuk pengetahuan pembaca, terdapat perkhidmatan menyewa Pondok. Saiz ukuran lebih kurang 12 Kaki x 12 Kaki (anggaran). Kadar sewa pondok ini adalah 1 Jam = RM10, Setengah Hari RM40 dan sehari Penuh ialah RM80. Di Pondok ini terdapat juga soket untuk memasak nasi ataupun mengecas telefon.

Setelah barangan di pindah dan diletakkan di atas pondok termasuk bekalan makanan untuk berkelah. Di teluk Senangin pantainya bersih, airnya juga bersih. Apabila mandi terdapat banyak Umang - Umang, bagi yang jarang melihat boleh tunjuk dekat anak - anak bagaimana rupanya Umang - Umang ini

Di Teluk Senangin kami menyewa C kin Villa. Di sini terdapat kolam mandi untuk kanak - kanak yang berusia 15 tahun ke bawah. Apabila matahari melabuhkan tirainya, suasana menjadi agak kelam, berhampiran C kin Villa  tersebut ada sebuah kedai makan. Servisnya bolehla je. Tiada makanan laut disediakan. Agak menghampakan disitu.

Apa yang kami lihat, ramai pengunjung yang memasak makan sendiri, dan hampir keseluruhan pengunjung masak bakar - bakar. Memang sedap makan panas - panas  apatah lagi bakar - bakar di tepi Pantai.


Pada waktu petang kami telah berjalan di tepi pantai berhampiran penginapan kami tadi, apa yang kami lihat terdapat perahu - perahu nelayan, belangkas dan juga siput laut yang agak besar. Pantainya berbeza dengan pantai di tempat kami mandi masa mula - mula tadi, pantai berhampiran pintu gerbang. Jadi saya sarankan kepada anda untuk mandi di bahagian depan kerana airnya agak bersih, tapi bagi anak - anak, perlu pengawasan daripada orang dewasa.

Secara keseluruhan untuk berkelah dan mandi - manda di Teluk Senangin sememangnya berbaloi dengan perjalanannya. Pemandangan Indah pokok rhu di tepi pantai dan pengunjung - pengunjung yang ceria pasti membuatkan anda terpesona, Manakala dari segi prasarana mungkin boleh dipertingkatkan lagi.

Walauapapun, Sila jaga kebersihan Pantai Kita. Bagi anda yang ingin bercuti ke Teluk Senangin kami ucapkan Selamat Bercuti. Enjoy!!.

Hujan, Terdapat Pengunjung yang berpayung
Pemandangan Di Luar Penginapan

Pantai berhampiran dengan penginapan







Pantai Berhampiran Dengan Pintu Gerbang



0 comment... add one now