Permohonan dan Kemaskini BRIM 2018

Permohonan dan Kemaskini BRIM 2018. Bagi anda yang ingin memohon dan mengemaskini data bagi permohonan BRIM 2018, anda boleh berbuat demikian  dengan menggunakan laman rasmi BRIM 2018.



Berikut adalah Syarat Kelayakan Bagi Pemohon BRIM

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja`
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
  • Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah


Kemukakan Salinan:

  • MyKad / MyPR / MyKAS / MyKid / Sijil Lahir / Pasport dan Visa bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
  • Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
  • Pengesahan penamatan / pembubaran perniagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai 1 Oktober 2017 bagi pemohon dan pasangan yang mempunyai pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.


Penerima Kad Debit Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi sesi 2017 / 2018 TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2018.

Permohoanan Baru
Bagi permohonan baru adalah bermaksud pemohon yang tidak pernah memohon BRIM, Untuk pasangan kepada penerima BRIM yang telah meninggal dunia, bercerai dan untuk pemohon yang gagal sebelum ini.

Jadi untuk maklumat lanjut sila ke https://ebr1m.hasil.gov.my/

0 comment... add one now