Resepi Acar Timun

Resepi Acar Timun

Acar timun ni selalunya makan dengan apa eh? Sebenarnya ratah gitu je pun dah sedap tau. Rasa dia masam manis gitu. Bagi yang nak cuba jom ikut resepi ni.



Bahan-bahan

1 batang timun saiz besar -potong kecil
1 batang lobak merah -potong kecil
1 sudu makan biji sawi
2 sudu makan cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
½ cawan air
3 sudu makan cuka
2 labu bawang besar-belah 6
3 ulas bawang putih-belah 2
2 biji cili merah-hiris kasar
1 sudu makan bijan-goreng tanpa minyak
3 sudu makan minyak masak
3 sudu makan gula
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan biji sawi, cili kisar, dan serbuk kunyit sehingga wangi.
Masukkan air, cuka, gula, dan garam. Masakkan sehingga mendidih.
Masukkan timun, lobak merah, bawang besar, bawang putih, dan cili merah.
Masakkan sehingga mendidih dan agak pekat.
Lastly taburkan bijan sebagai hiasan. Selamat mencuba.

0 comment... add one now