Resepi Air Barli Lemon

Resepi Air Barli Lemon

Air barli ni elok kalau nak sejukkan badan. Kalau demam boleh minum air ni kalau rasa nak lebih selesa.



Bahan-bahan

1 paket barli
2 cawan gula
3-4 jug air
1 biji jus lemon

Cara-cara 

Barli ni basuh, masukkan dalam periuk bersama air dan gula. Masak hingga 1 jam atau lebih, sampai nampak barli mengembang dan air bertukar putih. Boleh tambah air jika air makin mengering. Boleh diminum ketika suam ataupun bersama ketulan ais. Masa nak minum perahkan jus lemon.

Selamat mencuba.

0 comment... add one now