Resepi Air Jagung Viral dan Sedap

Resepi Air Jagung Viral dan Sedap

Yang mana hantu air jagung tu bolehlah cuba resepi ni. Takkan setiap kali pergi pasar nak beli air jagung je kan. Apa kata buat sendiri, nak minum banyak mana pun boleh. Baru lah tahu sedap ke tidak air tangan tu. Hihii jom tengok resepi.



Bahan-bahan

1 kole air
Kordial jagung secukupnya
1 tin susu cair-susu cap ideal
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 tin Jagung manis tin-guna ayam brand pun boleh
6 sudu makan gula

Cara-cara

Masak air dan gula sampai mendidih dan masukkan kordial jagung. Masak lagi dan masukkan susu cair dan jagung tin tadi. Dah mendidih tutup api dan masukkan susu pekat. Kat sini korang boleh adjust rasa dia. Kalau nak manis lagi boleh tambah susu pekat. Then biarkan sejuk.

Nak minum tuangkan dalam gelas yang ada ketulan ais, letak pulak aiskrim atas dia. Pehh heaven ni, selamat mencuba!

0 comment... add one now