Resepi Aiskrim Goreng Bersama Cornflakes

Resepi Aiskrim Goreng Bersama Cornflakes

Sebelum ni kita dah share resepi aiskrim goreng yang guna roti tu kan. Kali ni resepi yang tak guna roti pulak. Jom cuba.



Bahan-bahan

Aiskrim-tak kisah perisa apa
5 cawan cornflakes - hancurkan
1 cawan flaked coconut
1 sudu makan serbuk kayu manis
2 biji telur
1 sudu makan susu
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

-Scoop kan lebih kurang setengan cup aiskrim dan letakkan atas loyang yang berlapik waxed paper dan simpan dalam freezer selama sejam.
-Satukan cornflakes, kelapa dan serbuk kayu manis dalam satu mangkuk dan ketepikan.
-Di dalam bekas lain, pukul telur dan susu hingga sebati. Keluarkan ice cream dari freezer dan digolek atas campuran cornflakes tadi sehingga bersalut rata.
-Golekkan aisrim dalam adunan telur dan golekkan semula dalam cornflakes. Simpan dalam freezer lebih kurang sejam.
-Panaskan minyak sehingga betul betul panas dan masukkan aiskrim ke dalamnya dan goreng secara deep fry selama 20-30 saat.
-Jangan goreng lama sangat nanti cair pulak. Angkat dan tos kan.

Siap! Selamat mencuba

0 comment... add one now