Resepi Aiskrim Goreng Homemade

Resepi Aiskrim Goreng Homemade

Sedapnya aiskrim goreng, luarnya rangup dalam pulak sejuk dengan aiskrim. Heaven weh dapat makan gini, nak pulak makan sorang. Hehe kalau dah duduk sorang makan sorang la ye dak. Okay selalunya aiskrim goreng ni beli kat pasar malam je kan takpun bila ada event yang melibatkan makanan. Nak beli je lalu ke, baik buat sendiri. Yang ada kerajinan tu bolehlah cuba.



Bahan-bahan

1 bungkus roti putih
1 bekas aiskrim-tak kisah perisa apa pun
Gelas atau cawan-untuk tekap pada roti

Cara-cara

Senang sangat caranya, tak reti jugak tak tau lah. Ambil sekeping roti, then scoop kan aiskrim tadi dan letak kat tengah-tengah roti tu. Ni agak-agaklah ye jangan banyak sangat nanti bocor pulak bila nak tekap. Then ambil lagi sekeping roti dan letak atas dia, gunakan gelas atau cawan tadi dan tekap. Tekap ni kena bersungguh ye, sampai tertanggal roti tu.

Buat langkah yang sama ikut lah banyak mana korang nak. Nak habiskan sebungkus roti tu pun takde masalah. Semua roti yang dah siap tekap tadi masukkan dalam plastik. Guna plastik tansparent yang orang guna bungkus lauk tu pun boleh. Then masukkan dalam peti sejuk biarkan beku. Dalam 4 jam tu boleh dah goreng, nak tunggu semalaman pun takpe.

Masa nak goreng ni pastikan minyak betul-betul panas ye. Konsepnya deep fried gitu. Jangan goreng lama sangat, tengok roti dah keperangan terus angkat dan tos kan. Kalau lama sangat nanti serap minyak pulak.

Ok siap. Simple kan. Dua tiga biji kau hadap sorang pun boleh. Hehee selamat mencuba.

0 comment... add one now