Resepi Aiskrim Homemade

Resepi Aiskrim Homemade

Yang suka makan aiskrim apa kata kita cuba buat sendiri. Takdelah susah mana pun. Bukan aiskrim malaysia tau. Ni aiskrim yang dalam tupperware tu. Makan dengan roti pun sedap aih.



Bahan-bahan
1 tin susu cair
1/4 tin susu pekat
1 sudu kecil esen
1 sudu makan ovalete
Perasa emulco-terpulang nak coklat ke kopi ke oren ke

Cara-cara
Masukkan semua dalam bekas, pukul je dengan mixer. Pukul sampai nampak gebu dan likat gitu. Dalam 15-20 minit jugak lah.
Kalau nak 2 perasa bahagikan adunan ni kepada 2 bekas then masukkan lah perasa yang korang nak tu.
Lepas tu masukkan dalam bekas bertutup, biarkan dalam freezer semalaman. Tunggu lah aiskrim tu keras.

Tadaa siap dah. Senang kan. Makan lah dengan roti ke, campur dengan air koktel ke terpulang. Selamat mencuba.

0 comment... add one now