Resepi Ayam Goreng Madu

Resepi Ayam Goreng Madu

Ayam goreng madu ni ratah macam tu je pun sedap tau. Ni bukan budak budak je suka, satu family pun mesti suka. Jom cuba.



Bahan-bahan

1/2 ekor ayam (dipotong sederhana kecil)
Kicap manis untuk bahan perap
2 sudu besar madu
Sedikit garam

Bahan kisar

2 cm kunyit
2 cm halia
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai

Cara-cara

Satukan bahan kisar, kicap manis, madu dan garam. Gaul sebati dan masukkan ayam. Perap ayam selama 1 jam, nak lagi sedap sebaiknya perap 1 malam.

Panaskan minyak, goreng ayam yang telah diperap sehingga warna keperangan. Angkat dan toskan. Gaul lagi dengan madu dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

0 comment... add one now