Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

Resepi Ayam Masak Kicap Pedas

Kalau dapat lauk ayam masak kicap ni memang bertambahlah nasi. Masa kecik-kecik dulu lauk ni dah rasa macam lauk mewah kat rumah. Okay jom try.



Bahan bahan

1/2 ekor ayam - perap dengan halia + bawang putih + garam + serbuk pati ayam
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos cili

2 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos tiram

6-7 sudu makan Kicap lemak manis

Gula dan garam secukup rasa
1/2 cawan air panas

Bahan tumbuk

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan lain
1 tangkai cili merah
1 biji bawang besar - belah 6
Daun ketumbar
1 biji buah asam limau nipis - perah


Cara cara

Goreng ayam yang diperap tadi sehingga masak atau 3/4 masak. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga menjadi kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram serta kicap. Kacau rata. Masukkan ayam goreng dan kacau sebati. Tuang air panas. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih supaya rasa ayam sebati dengan kuah kicap.

Akhir sekali, masukkan cili hidup, bawang besar, daun ketumbar dan perahan air limau nipis. Perasakan dengan gula dan garam.

Yeayy dah siap. Makan dengan nasi panas memang syok!

0 comment... add one now