Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak Merah

Kalau pergi kenduri memang berselera lah makan kalau ada lauk ayam masak merah ni. Tak kisahlah makan dengan nasi tomato ke ataupun nasi minyak. Asal ada ayam masak merah ni laju je makan. Jom cuba resepi ni, boleh masak sendiri kalau ada jamuan dekat rumah, ye dak.



Bahan bahan
1 ekor ayam - lumur garam dan kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu makan sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan hiris
3 biji bawang holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris

Cara cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan, bunga lawang dan kulit kayu manis sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
Then masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul rata dan masukkan air. Ikutlah nak kuah banyak mana.
Tambah santan untuk pekat, tomato, garam dan gula. Bila semua rasa dah okay tutup api dan angkat.

Siap! Selamat mencuba.

0 comment... add one now