Resepi Ayam masak Sambal Hijau

Resepi Ayam masak Sambal Hijau

Sekali sekala makan sambal hijau sedap kan. Sambal ni kalau cukup rasa pedas manis masinnya memang buat selera makan. Kadang sambal hijau ni lagi sedap tau daripada sambal biasa tu. Jom cuba buat ayam masak sambal hijau ni.



Bahan bahan

6 ketul ayam
2 batang serai-ketuk
1 labu bawang besar-hiris kasar
2 biji limau kasturi
Minyak masak
Serbuk kunyit
Garam secukupnya

Bahan kisar

7 biji cabai hijau
7 biji cili api hijau
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara

Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Goreng hingga separuh masak. Tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi dan pecah minyak. Sambal ni tumis betul betul masak ye kalau tak sakit perut nanti.
Kalau nak kuah, tambahkan air dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam dan kacau rata. Agak kuah dah kering sikit boleh masukkan bawang besar dan perahkan limau kasturi.

Okay siap selamat mencuba.

0 comment... add one now