Resepi Ayam Panggang Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Panggang Sedap dan Mudah

Ayam panggang ni kalau betul cara buat bahan perap tu memang sedap. Teringat pulak ayam kenny rogers, sedapkan? Okay jom buat ayam panggang yang sedap ni.



Bahan bahan

Seekor ayam

Bahan Kisar

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr / maggi
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper
1 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
100ml air

Bahan Perap

2 sudu madu
3 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan mixed herbs /oregano

Cara cara

Basuh ayam hingga bersih. Nak potong boleh taknak pun takpe. Bahan kisar dan bahan perap ni gaul sebati dan perap ayam dalam bekas bertutup. Perap selama 2 jam dalam peti sejuk.
Panaskan oven pada suhu 200 celcius. Bakar selama 1 atau 1 1/2 jam guna api atas bawah. Setengah jam pertama tu boleh siram kuah perapan pada ayam, kalau tak nak ayam kering boleh tuang sikit minyak. Kalau ayam tak cukup masak boleh tambahkan masa bakar.
Okay siap!

0 comment... add one now