Resepi bebola roti

Resepi bebola roti

Sekali sekala minum petang dengan bebola roti ni apa salahnya kan. Bahan pun simple, guna roti putih tu je. Buat macam cucur biasa, cuma kali ni kita guna roti. Jom cuba.



Bahan-bahan

12 keping roti putih - potong kecil
2 biji telur
3 biji cili merah - hiris
sedikit daun sup - potong pendek
1 biji bawang besar - hiris
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis/ayam
3 sudu makan mayonis
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

-Racik kan roti ke dalam satu mangkuk.
-Masukkan semua bahan kecuali minyak.
-Gaul bahan hingga sebati. Guna tangan pun boleh uollss.
-Bentukkan bulat bulat, agaklah saiz dia jangan besar sangat kang jenuh nak masuk mulut.
-Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Konsep dia deep fried ye sapaya masak sekata sejiwa.
-Angkat dan tos kan.

Tadaa makan lah dengan sos thai ke sos kfc ke, pun boleh. Selamat mencuba.

0 comment... add one now