Resepi Begedil Ayam

Resepi Begedil Ayam

Begedil ni kalau banyak bahan dalamnya mesti sedap. Kadang beli lauknya sikit tak pun keras. Jadi jom buat sendiri, sambil belajar macam mana nak buat begedil ni.



Bahan bahan

1/2 kg ubi kentang
200 gm daging ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu makan bawang goreng
2 tangkai daun sup-hiris halus
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa

Cara cara

Kupas kentang dan potong sederhana nipis dan cuci. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang sehingga lumat semasa masih panas. Ketepikan dulu.

Sementara tu tumis bawang dan masukkan ayam kisar. Goreng hingga separuh masak. Campurkan semua bahan lain bersama isi ayam yang digoreng tadi. Kecuali telur ye, telur jangan masukkan sekali.

Kepalkan dan bentukkan bulat, tekan sikit supaya leper. Macam bentuk begedil yang biasa korang makan tu.

Telur pulak pecahkan dan kocakkan. Celup begedil dalam telur dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Dah nampak garing bahagian bawah baru terbalikkan ye kalau tau nanti pecah tak cantik.

Okay siap, boleh makan dengan soto tak pun makan macam tu je pun boleh cicah dengan sos.

0 comment... add one now