Resepi Brownies Nutella

Resepi Brownies Nutella

Nak buat brownies nutella ni senang je. Ni memang resepi yang simple, yang tak pandai buat pun terus boleh buat tau. Guna 3 bahan je dah boleh jadi brownies. Buat minum petang okay lah ni, caranya pun tak rumit mana. Jom tengok resepi.



Bahan-bahan

2 biji telur
1 cawan nutella
10 sudu makan tepung gandum

Cara-cara

-Pukul telur dengan nutella hingga sebati. Nak guna senduk je pun boleh, no hal.
-Then masukkan tepung sikit-sikit pukul lagi sampai sebati.
-Masukkan dalam loyang/paper cup dan bakar dalam 15 minit pada suhu 180 celcius. Check juga dah masak ke belum, sebab kepanasan oven berbeza. Kalau tak melekat dekat lidi maksudnya dah masak la tu.

Simple kan, kalau nak lebih boleh gandakan adunan. Kalau nak test skill membakar tu boleh lah guna resepi yang sikit ni dulu. Selamat mencuba.

0 comment... add one now