Resepi Bubur Sumsum

Resepi Bubur Sumsum

Siapa pernah makan bubur ni? Sedap ke tak? Tapi kalau tengok resepi mesti sedap ni. Kalau bulan ramadhan mesti senang nak dapat bubur ni kan.



Bahan-bahan

1 cawan tepung beras
5 cawan santan / 1 kotak kecil santan
1 sudu kecil garam
2 ketul gula melaka
5 cawan air

Cara-cara

Campurkan santan, garam dan tepung beras, kacau hingga pekat di atas api yang perlahan. Dah pekat, tuang dalam bekas dan sejukkan. 
Masak gula melaka dan air di atas api hingga mendidih. Dah siap, sejukkan.

Cara makannya, air gula ni tuang je atas adunan tepung tadi. Macam taufufa tu. Sedap kan, yummy! Makan sejuk-sejuk lagi sedap.

0 comment... add one now