Resepi Cheesekut Mudah

Resepi Cheesekut Mudah

Nak buat cheesekut ni lebih kurang tiramisu je. Cuma tiramisu guna air kopi, kena tabur serbuk koko tapi cheesekut simple sikit. Bahan pun murah sikit la kot sebab guna biskut cracker je uolss, tapi sedap tau.



Bahan-bahan

1 bungkus biskut hup seng (deluxe cracker original flavor)
1/2 cawan susu pekat
250g cream cheese
Susu segar
Nestum

Cara-cara

-Pukul sebati cream cheese, pukul sampai adunan tu tak berketul ye. Then masukkan susu pekat. Pukul sebati.
-Biskut tu pulak celup dalam susu segar. Celup tu jangan lama sangat sampai lembik, asal luar dia kembang sikit pun dah okay.
-Susun dalam loyang. Kemudian sapu adunan cheese tadi atasnya. Then tabur nestum.
-Ulang sampai habis, tak kisahlah nak berapa layer pun.
-Yang layer cheese atas sekali tebal sikit pun takpe, pastu tabur je nestum banyak-banyak.
-Dah siap semua, sejukkan dalam peti sejuk semalaman. Esoknya dah boleh potong.

Tadaa makan lah nak makan banyak mana pun. Buat lah untuk jamuan ke, majlis perpisahan ke ikutlah apa pun. Selamat mencuba.

0 comment... add one now