Resepi Coleslaw ala KFC

Resepi Coleslaw ala KFC

Siapa suka coleslaw KFC? Okay kita geng, selalunya memang coleslaw ni habis dulu dari mashed potato tu. Rasa tak cukup, order coleslaw saiz besar makan sorang pun takpe. Hihiii okay daripada kerja nak membeli je kan. Jom tengok resepi, kot ler rajin lepas ni nak buat sendiri. Kunyah sayur je hari-hari elok jugak kan.



Bahan-bahan
1/4 bahagian dari sayur kobis-kalau kobis tu kecik guna jela setengah
1 batang lobak merah
1 sudu makan jus lemon
5 sudu makan mayonis
1/4 cawan susu segar
1 sudu makan gula
Sedikit serbuk lada hitam dan garam

Cara-cara
-Hiris kobis nipis-nipis start dari bucu belah dalam. Supaya nampak cantik gitu hirisannya. Bahagian yang keras tengah tu buang dulu tau.
-Lobak pun potong dadu kecik-kecik baru feel ala KFC
-Kobis dengan lobak ni campurkan dalam satu bekas, masukkan susu segar.
-Masukkan mayonis dan kacau sebati, then masukkan jus lemon, gula, lada hitam dan garam. Gaul lah sampai sebati sehati sejiwa gitu.
-Then rasa sikit kot lah tak cukup rasa ke kan. Dah adjust rasa masukkan dalam bekas bertutup.
Masukkan dalam peti sejuk atleast 3 jam. Kalau nak lagi umpphh biarkan jelah semalaman. So air dari sayur tu akan keluar and rasa juicy.

Ya ampunnn sedapnya coleslaw. Kena cuba tau sebab takut nanti ada yang berdiri lama depan KFC, nak beli ke tak nak ke tak. Buat sendiri jelah, setel!

0 comment... add one now