Resepi Cream Puff Gebu

Resepi Cream Puff Gebu

Orang yang betul pandai buat cream puff ni memang cik Nurul salute la. Ada yang kadang puff nya tak gebu, tak ringan dan bila makan tak rasa pun lembut puff tu. Cream puff yang betul-betul gebu bila kita makan rasa sedap elok je dalam mulut campuran puff dengan krim kastad tu tau. Kat sini kita share resepi je, yang mana teringin nak buat boleh cuba ye.



Bahan puff

125 g tepung naik sendiri-kalau guna tepung gandum boleh tambah 1 sudu kecil baking powder
100 gm butter
250 ml air
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur

Bahan filling kastad

2 sudu besar tepung gandum*
2 sudu besar tepung jagung*
8 sudu besar gula*
2 cawan susu segar
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu makan mentega
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara buat puff

-Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau sampai adunan tak melekat pada periuk. Padamkan api dan sejukkan

-Masukkan sebiji telur dalam adunan tepung tadi dan gaul. Masukkan lagi telur dan gaul lagi. Ulang sampai telur habis dan adunan sebati.

-Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang pun boleh.
-Spray air atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar dalam oven hingga permukaan puff keperangan, lebih kurang 25-30 minit camtu. Oven hendaklah dipanaskan dulu, bakar dalam suhu 200 darjah celcius api atas bawah.

-Bila dah masak puff akannampak ringan, bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. Jangan keluarkan puf selagi belum cukup masa kalau tak nantipuff turun balik.

-Gunting sikit bahagian tepi puff dan pipe kan filling

Cara-cara buat filling

-Masukkan bahan bertanda * ke dalam mangkuk. Masukkan 5 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
-Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
-Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk dan masak menggunakan api sederhana dan kacau supaya ia tidak berkerak dan hangus. Masak sampai pekat berkilat dan padam api. Masukkan mentega dan kacau. Dah siap, sejukkan dan masuk dalam piping beg.

Okay siap. Atas dia korang boleh lah tabur kan gula icing ke bagi nampak cantik.Selamat mencuba.

0 comment... add one now