Resepi Creamy Butter Crab

Resepi Creamy Butter Crab

Wahhh sedapnya ketam. Tapi cik Nurul tak pernah cuba lagi resepi creamy butter ni. Selalu ketam masak lemak cili padi je. Fuhh lagi pedas lagi sedap tau. Lagi lagi bila isi ketam tu dah sebati dengan kuah, lagi lah sedap. Kali ni kita cuba buat creamy butter pulak.



Bahan bahan

1 1/2 kg ketam bunga
1/2 biji bawang besar kuning - cincang
8-10 ulas bawang putih - cincang
20 helai daun kari - saya letak lebih
10 - 12 tangkai cili padi - hiris
3 sudu makan butter
1 1/2 tin susu cair
1 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Minyak masak
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sedikit air

Cara cara

Ketam dibasuh dan dipotong dua. Toskan. Panaskan sedikit minyak, masukkan butter. Kacau hingga butter cair.

Masukkan bawang putih dan kacau hingga kekuningan, masukkan bawang besar. Kacau lagi dan masukkan daun kari.

Masukkan susu cair, garam dan gula. Kacau hingga mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung. Ni untuk bagi kuah pekat dan creamy.
Last sekali masukkan ketam dan gaul sebati. Dah masak bolehlah angkat. Sedia untuk dihidang.

selamat mencuba

0 comment... add one now