Resepi Cucur Ikan Bilis Mudah

Resepi Cucur Ikan Bilis Mudah

Masa kecik kecik dulu bila ibu buat cucur ikan bilis ni rasa macam bahagia sangat. Yelah budak budak kan, cucur ikan bilis ni paling sedap dah masa tu. Sampai lah sekarang memang jadi feveret sangat, boleh hadap sorang tau. Okay lah jom tengok resepi.



Bahan bahan
2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis - belah 2 kalau besar
1 ikat daun kucai - potong pendek
3/4 cawan bawang besar Holland - potong dadu
1 biji cili merah dipotong kecil
1/4 sudu kecil soda bikarbanat
1 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
Secubit serbuk kunyit
1/2 cawan air panas mendidih
1 1/2 cawan air biasa - lebih kurang 250 ml

Cara cara
Satukan je semua bahan tu. Gaul rata kejap lepas tu masukkan air sikit sikit. Ikut lah kelikatan dia, kalau dah okay tak perlu masuk air dah. Biarkan sekejap adunan sebab nak bagi adunan tu naik sikit.
Panaskan minyak dan boleh digoreng.

Sedap makan panas panas ni tau. Selalunya makan dengan sos thai memang sedap. Tapi kalau sos cili je yang ada pun okay jerr. Selamat mencuba!

0 comment... add one now